panosunrisetujuh

Monday, September 12, 2011

tutorial:olahan asap fotografi a.k.a smoke photography editting part II

assalamualaikum dan salam sejahtera...salam 1 malaysia...

   oleh kerana penulis masih lagi dalam mood menulis jadi agak cepat sedikit mengupdate blog ini...hehe
untuk hari ini...akan membuat sambungan kepada tutorial part 1 (boleh tekan kepada yang belom mengikuti blog ini.) dan ini adalah koleksi smoke photography penulis koleksi smoke photography. ini adalah cara penulis sendiri...penulis tidak pasti ada cara yang lebih mudah atau tidak..jika ada boleh lah berkongsi bersama penulis...

p/s:kualiti gambar agak kurang...mohon maaf ye sahabat...

step1
tekan Ctrl+shift+E untuk mergekan gambar(seperti didalam bulatan merahitu)

step 2
1.copy layer background
2.select brush
3.select kaler putih.(sapu  pada bahagian yang x berkenaan...)

step 3
1.create new layer
2.letak dibawah copy layer BG(background)

step 4
1.tekan pada layer copy(setkan kepada luminosity)

step5
1.klik pada new layer td
2.tekan G untuk gradient tool
3.amik kaler yang warna-warni(macam yang tanda merah diatas)

step6
ini cara penulis tarik gradient...(pastikan letak pada new layer td)

step 7
hasilnya.....

step8
1.merge semua dulu...step ni terpulang samaada mahu merge ataupon tidak..
ctrl+shift+E

step 9
1.select brush tool balik untuk buang warna yang tidak diperlukan
2.pastikan pada kaler putih

step 10
ini adalah hasil nya....end of part II

    dengan itu berakhir la tutorial untuk kali ini....terdapat satu lagi siri untuk olahan fotografi asap ini...sekali lagi mohon maaf jika ada kelemahan dalam tutorial ini....cara ini adalah cara penulis sendiri...penulis menjumpai cara ini ketika try and error setelah mencari teknik olahan di google  tidak diketemui...segala kritikan membina amat penulis hargai....sebelom berakhir penulis ingin berkongsi hasil gambar ini pada siri III nanti....

newsmoke

sekian dari penulis.....
sebarang komen boleh dihantar kepada tuanazizi88@gmail.com /hubungi tuan azizi-0123686884

Sunday, September 11, 2011

tutorial:olahan asap fotografi a.k.a smoke photography editting part I

assalamualikum n salam sejahtera...

     Telah lame penulis tidak mengupdate bahagian tutorial...jadi hari ini penulis ingin mengarang tentang smoke photography, seperti yang sedia maklum..penulis pernah post hasil karya seni asap yang dibuat oleh penulis...kalau yang belom melawat boleh tekan sini .itu adalah contoh2 karya penulis...namun diluar sana masih terdapat banyak hasil yang superb dari ini...(kita biarkan dulu disini tentang posting yang lepas ini...)
Untuk hari ini..sebelom menceritakan macammana olahan smoke...kite ke QnA dulu..

apa itu smoke photography??
smoke  photography adalah kita merakam kan asap...dimana seni yang timbul dari asap...

mana nak ambil asap tu??
sumber asap boleh diambil dari
- colok(kalau boleh beli yang x berbau...ehe),
- asap dari lilin(bila lilin padam)...
- asap dari rokok(kosnya sedikit mahal...disamping banyak kesan negatif pada badan...kesimpulan berhenti merokok...keke*
atau apa2 saja yang berasap...

tempat perlu terang@cerah kah??
ya..tempat perlu kan kecerahan....

macam mane setting set kamera ni??





ini adalah cara penulis shoot itu hari...
1.background mesti hitam...
2.sumber asap penulis adalah lilin
3.1 unit speedlite
4.letakkan penghadang pada speedlite
5.exif penulis..f8 1/60s iso200(tripod+remote)
6.nikong x penting pon...keke








nampak ada orang guna potoshop jer wat smoke photog ni..boleh ke??
btol la tu...ade juga cara nya macam tu..kat youtube pon byk ajar..hehe...tp kurang la feel smoke nye...kekeke...

shoot RAW atau JPEG??
penulis merekemen untuk shoot dalam RAW...tp waktu penulis shoot terlupa untuk tukar pada raw.jadi shoot JPEG aja la...

bila nk start tutorial ni??
amboi x sabar nampak bam...keekeke


   ok2 sebelom bermula nya tutorial...penulis memohon ,maaf jika ada byk kekurangan dalam tutorial ini..untuk part I ni penulis refer daripada sumber orang juga...cuma part II dan part III nnt adalah try n error penulis sendiri....

step 1.
pilih gambar yang diolah.

step 2
open with PS(x kesah guna mana2 version..penulis gunakan cs5

step 3
1.tekan pada LEVEL(ini untuk menambah lagi kehitamam)

step 4
hasilnya....

step 5
owh...sebelom terlupakan pastikan anda copy layer background 
p/s:kalau boleh selepas step 2 terus copy layer..
short-cut Ctrl+J

step 6
tekan pada brush tool dan pastikan kalernya adalah hitam...ini kerana kita akan membuang asap2 yang x perlu...
p/s:pasti berada pada layer yang kita copy tadi...

step 7
setelah berpuas hati dengan hasil itu...tibalah masa untuk kita invert kan warna Background hitam kepada putih.,..
caranya dengan menekan Ctrl+I

step 8
ini adalah hasil selepas invert...cara seterusnya adalah dengan menekan HUE/SATURATION 
(untuk pemilihan  warna mengikut citarasa masing2...)

step 9
hasilnya dari permainan hue/saturation

     Dengan itu tamatlah untuk siri 1 ini...segala yang kurang itu datang dari kelemahan penulis sendiri..pohon 1001 kemaafan...mengharapkan tutorial ini berguna kepada kawan-kawan sekalian.. sebelom berakhir penulis ingin berkongsi hasil sebenar yang akan siap pada tutorial part 3 nanti...hehe....

newsmoke

next part will be coming...:)

segala komen anda sangat penulis hargai....jika ada sebarang masalah boleh emailkan kepada tuanazizi88@gmail.com @hubungi tuan azizi - 012-3686884

Saturday, September 10, 2011

nikon get together at kota bharu

    Semalam 9 september 2011,penulis telah berpeluang untuk turut serta dalam Nikon Get Together di Kota Bharu anjuran Nikon Club Kelantan..Program bermula jam 9.00 pagi dengan pendaftaran..setiap pendaftaran akan mendapat "sobernier" dari pihak Nikon Club Malaysia. penyertaan peserta dalam program ini lebih kurang 50orang..termasuk semua otai,legem,masta,newbie,nubis dan apa bagai...semua orang SAY NIKON!!...:)

ragam diawal penyertaan

   Selepas selesai segala hal..pihak nikon club kelantan memberi "suprise" dengan membawa tiga orang model dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini...penulis terus berpeluh kerana shoot model adalah diluar genre penulis..ececece.... seingat penulis hampir setahun sudah tidak shoot model2 ni...tapi penulis tidak panik...kekke..tetap cuba yang terbaik pada hari ini...lagipon ilmu memotret model sangat ciput di dada penulis...ape2 pon layan dulu hasil potret dari nubis potraiture ini...gear yang penulis gunakan untuk shoot kali ini adalah d3000+tamron 17-50em em...ebeleble lite. 

p/s:semua gambar dibawah tiada editting keras...cuma 1 keping sahaja diolah kepada hitam putih yang lain cuma dalam ACR saje....

1.versi itam putih

2.pose skit 

3.hello eberyone

4.hello again!!

5.cara i betulkan rambut...


6. hye...

7.bermain dengan garis lurus

8.how do i look??

9.ops!

10.macam ni boleh??

11.sorry datang lambat...keke

12.berhenti seketika untuk memberi sedikit ilmu

13.atas:bergurau ketika berehat selepas penat berpose
bawah: walaupon rehat orang masih suruh berpose...keke

14. last shot...closeup skit...:)

15.last shot close up skit..

   penulis pulang sebelum pihak nikon memberi makan besar...jadi x berpeluang la penulis merasa nasi dari pihak nikon..keke...sampai dirumah penulis melihat pada sobernier yang pihak nikon club malaysia sediakan pada peserta...terasa gatal tangan untuk menekan shutter..penulis mencuba "creative shot" dengan menggunakan sobernier itu..iaitu gelang nikon untuk dishoot di sekitar rumah penulis.. gear yang digunakan adalah d3000+reverse 50mm..juga ebeleble lite...hasilnya adalah seperti di bawah...



sekian dari penulis...tuan azizi

p/s:penulis memohon maaf kerana tidak dapat sertai kelas nikon pada hari ini...

Monday, August 29, 2011

pok soh dan perahunya...versi hitam putih

assalamualaikum dan selamat sejahtera...
hari ini 29 ramadhan adalah puasa yang mungkin terakhir pada tahun 1432 hijrah ini...
tajuk cerita untuk slot kali ini adalah "poksoh dan perahunya..." atau dari kata melayu betulnya "abang yusof dan perahunya......"

poksoh adalah nama samaran yg penulis berikan kepada beliau...kerana didalam perkenalan penulis dengan beliau terlalu singkat tidak sempat untuk penulis bertanyakan nama beliau..poksoh adalah nelayan kecil di kawasan jubakar pantai,tumpat,kelantan,malaysia..umur anggaran 55-60 tahun...orangnya sgt peramah....

penulis merakam gambar poksoh selepas ber"sunrise" di sekitar kawasan itu..
gambar di bawah ketika poksoh mula2 sampai di perahunya,,penulis memohon mengambil gambar...poksoh teruskan meng"iya"kan...penulis bertanya kepada poksoh. jam berapa dia akan pulang nanti?? dia hanya menjawab sambil membetulkan kelengkapan perahunya "kalau banyak tangkapan lewat la sedikit baliknya...dalam pukul 2 petang...kalau kurang hasilnya jam 12 tgh hari sudah pulang...."
sambung beliau lagi..."perahu pokcik ni ada kain depan perahu macam layar ni...untuk digunakan time ade angin...bila ada angin x perlu guna enjin motor ni lagi..."

1)poksoh mengambil pelampung yg disambung pada perahunya...

2)membuka ikatan pada enjin motornya....

3)kemas barang2 dulu...:)

4)kembali  pada enjin perahunya....untuk menghidupkan enjin...

5)menggunakan kekuatan poksoh untuk menghidupkan enjin..

6)enjin sudah hidup...bermula nya kerja poksoh untuk hari ini..

7)poksoh membuang ikatan pada pelampung beliau...

8)memulakan dengan menolak bot menggunakan kayu untuk sampai di tempat yg lebih dalam...

9)selamat jalan poksoh!!

dengan itu pergilah poksoh mencari rezeki di bulan ramadhan ini...penulis mendoakan supaya byk hasil tangkapan setiap hari....kata akhir dari penulis "tidak kira dimana tempat kita bekerja...tidak kira apa pakaian yang kita pakai waktu bekerja(menutup aurat) yang penting..rezeki itu halal...

terima kasih sudih membaca blog ini..
selamat hari raya dan maaf zahir dan batin 
dari penulis
tuan azizi

Tuesday, August 16, 2011

himpunan fotografi asap(collection of smoke photography)

assalamualaikum nselamat sejahtera...selamat berpuasa untuk hari ke 16...:)

pada hari ini...penulis masih di dalam mood ber"blog"...ecece...
untuk kali ni penulis akan kongsikan serba sedikit gambar tentang smoke photography...
smoke photography adalah salah satu wish shot sejak penulis memula pegang kamera...
setelah hampir setahun lebih memegang kamera baru la boleh shot asap ni....
kenapa mengambil masa yang lama untuk shot yang semudah ini....??
proses pembelajaran penulis sangat lah perlahan...lagi2 hanya bergurukan encik google dan makcik youtube...
dah juga kawan2 maya di fesbuk....terima kasih pada kawan2 maya itu....:)

asap yang penulis gunakan adalah bersumber dari lilin. untuk kali ini hanya berkongsi gambar...tp jika ada soalan2 atau komen untuk gambar boleh masukkan komen dibawah....

smoke4


smoke3


smoke2


smoke5


smoke8


smoke7


feberet penulis
smoke6

P/s: kenangan xeroxpix...:(

terima kasih sudi menjenguk blog ini...komen anda diperlukan..


Monday, August 15, 2011

matahari terbit di kampung tok lukut a.k.a sunrise at kg.tok lukut

pada 12 ogos 2011 bersamaan  12 ramadhan....satu mini outing bersama kawan-kawan telah diadakan...
perancangan awal ingin menyunting gambar di pantai sabak..tetapi perubahan drastik dilakukan apabila saudara serah pak cu memberitahu raja kamal (aka ngkuli) ingin turut sama dalam sesi mini outim ini....
ngkuli adalah salah seorang nama besar didalam industri fotografi di kelantan yang juga salah seorang ahli penting dalam kelab karyawan lensa negeri kelantan(KLIK).

jadi adalah amat berbangga apabila ada seorang yang lagi berpengalaman daripada kami dalam edisi outim kali ini..dapat juga sedikit ilmu yang beliau kongsikan...antara yang turut serta dalam edisi outim kali ini adalah Serah Pak Cu,Iskandar Azlan Shah,Ku za.

perjalanan kami ke sana adalah di dalam keadaan hujan yang agak lebat..tp program tetap diteruskan..
alhamdulillah rezeki matahari terbit dapat kami nikmati...

dibawah adalah gambar versi vertorama yang telah digabung dari 3 exposure dari 3 keping gambar.
kampung tok lukut,kelantan


gambar kenangan...foto kumpulan selepas menyunting matahari terbit

Photobucket



p/s: gambar masih ada sedikit yang belom diproses atas masalah2 teknikal...terima kasih sudi menjenguk di blog ini...

Thursday, August 11, 2011

DIY drybox

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

setelah sekian lama tidak meng'update' blog...hari ni baru ada mood untuk update...baru faham kenapa orang begitu malas nak update blog...keekek.
hari ini akan menceritakan tentang DIY drybox.
Seperti yang sahabat2 fotografi tahu...drybox merupakan salah satu aksesori kamera dimana tempat untuk menyimpan kamera...dan mungkin ada antara kita memikirkan bukan benda yang penting drybox ini..
lagi satu mungkin kerana harga drybox ini mahal sebab..macam bekas kedap udara biasa saja...tp sampai seratus hengget...tak kene yang kabinet lagi...ekeke
sebenarnya Drybox ini sangat penting..kerana ia adalah tempat menyimpan kamera paling selamat kerana disimpan pada suhu yang disarankan..selain itu boleh menghalang dari fungus2 untuk bertelur di lens yang rege2 beribu-ribu tu,.hehe...kos untuk mencuci fungus ini lebih kurang rm300 ke 400..jadi kesimpulan sangat la baik kita mempunya drybox kita sendiri...

dah banyak membebel di bahagian atas...ni baru nk masuk part DIY drybox..hehe
1)apa yang diperlukan untuk membuat dry box?
-container(depend pada gear anda ada...lg banyak lens...lg besar...)
-silica gel(wajib ada ni untuk maintain kan udara dalam drybox kita tu..sekurang2 500g..)
-hygrometer(berfungsi untuk menyukat kadar kelembapan udaradalam dry box atau dipanggil percent of relative humidity)
p/s:hygrometer tidak lah satu keperluan wajib...tp sebagai guidance kita saje...kalau ada lg molek...kalau tiada pon drybox ni dah boleh jalan..dibawah adalah gambar kepunyaan penulis...sebelum diproses:
Photobucket


2)mahal x kos ni??
kos bg semua sekali paling2 tinggi penulis agak rm60+/-...
contoh:
container:rm15(ni merujuk pada penulis punya container yang beli kat tesco..:))
silica gel: rm15-20 untuk 500g(dalam mudah rm18 saja...)
hygrometer:rm30...(dalam mudah pon ada ni...)
p/s: jadi mungkin harga itu lebih drjangkaan penulis..mungkin kurang..

3)silica gel tu kan ada "expired date"..kena ganti lain ke??
untuk pengetahuan silica gel merupakan benda yang boleh diguna semula..."reuse" bermaksud bila dah sampai tempoh...warna silica gel akan berubah dari biru kepada pink...untuk gunakan balik...kita boleh panaskan silica gel kedalam oven selama 3/4 minit...dengan suhu yang paling kecil...
p/s: cara lain boleh beli silica gel yang recharge...konsep sama juga...mahal sedikit..rm58 x silap dalam mudah...

4)berapa kadar kelembapan yang bagus untuk menyimpan DSLR ni??
kadar yang bagus antara 40% ke 50%.

5)apa beza drybox nga kabinet?
drybox:-murah
            -simple
            -leceh(biasa la barang murah memang leceh sedikit..keke)
kabinet- mahal
           - senang digunakan spt. nk set kelembapan main tekan2 saje nak berapa...:)
kesimpulan..semua benda fotografi bergantung kepada banyak mana anda laburkan....semakin banyak anda laburkan..kualiti semakin baik...jangan anda mengharapkan kualiti yang baik jika mengeluarkan budget yang ciput...keke

di bawah adalah gambarDIY drybox penulis yang telah diproses:
Photobucket


anda boleh google atau tengok kat mudah...benda macam lebih kurang dengan brand AIPO ataupon WONDERFUL...RM pon paling2 nak 150,,,
saya cuma berkongsi cara saya...kerana belom berkemampuan beli kabinet...
jika anda mempunyai lebihan duit membeli kabinet adalah yang terbaik...
segala salah kurang harap maaf...dan jika ada yang mahu bertanyakan soalan bolehkomen dibawah...:)
terima kasih kerana sudi singgah...
selamat berpuasa!...