Oleh kerana penulis mempunyai ruang untuk menulis pada hari ini, penulis ingin kongsikan kenangan penulis yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. bermula dengan penerangan apa itu global malaysia???
global malaysia merupakan rancangan TV dimana berjalan-jalan ke seluruh malaysia sambil mempelajari teknik fotografi yang diajar oleh Andrew Boey. Rancangan TV ini akan disiarkan di astra 180 dalam bulan november dan disember nanti. untuk edisi kelantan, suntingan hanya dibuat sekitar kota bharu dan beberapa tempat di tumpat, kelantan.
Pada tarikh 17,18,19 oktober 2011, merupakan tarikh yang tidak dapat penulis lupakan kerana pada tarikh itulah penulis mendapat pengalaman pertama dalam suntingan program TV ini. paling seronok adalah dapat merasai dan shoot seni warisan di kelantan. pelbagai tempat kami pergi seperti tempat membuat batik,tempat membuat akok, membuat wayang kulit dan bermacam-macam lagi..
Oleh kerana gambar yang siap diproses hanyalah gambar semasa proses membuat kuih tradisional kelantan iaitu akok. untuk siri 1 ini akan berkongsikan gambar akok dimana dr proses menuangkan acuan hingga ke bungkus untuk dijual..hehe. sebelum terlupa, penulis ingin terangkan apa itu akok??
seperti dinyatakan diatas,akok merupakan kuih tradisional kelantan yang diperbuat dari santan,gula melaka, tepung dan telur dan dibakar di dalam bekas acuannya. tempat yang kami lawati masih menggunakan sabut kelapa untuk membakar akok ini.
layankan dulu gambar2 membuat akok ini...akan cuba mengupdate gambar seterus nya dalam masa terdekat..:)
P/S:semua foto ini diambil menggunakan d90 + tamron 17-50 f2.8 +ebeleble lite
abe ya sedang menuangkan tepung yang sudah diadun ke dalam acuannya.
mengangkat penutupnya untuk dibakar dari bahagian atas dan bawah. proses ini untuk membakar akok ini sehingga siap dimasak mengambil masa dalam 3@4 minit.
aksi abe ya menambah sabut kelapa.
akok yang sudah siap dimasak.
siap sedia untuk dijual....
jika ada sebarang komen atau pendapat sila komen di bawah ini ataupun emailkan kepada tuanazizi88@gmail.com,fon:azizi-012-3686884