Sunday, November 13, 2011

travel:guangdong province part I

assalamualaikum dan salam 1malaysia..

pertama,memohon maaf kerana sambungan post yang sebelum ini (global malaysia) masih dalam KIV..jadi terpaksa la menulis tentang post yang baru..untuk post pada kali ini tentang perjalanan penulis ke guangzhou.
untuk pengetahuan penulis ke guangzhou pada bulan 6 yang lepas jadigambar ini gambar lama yang penulis belum sentuh...:)..sedikit info tentang guangzhou.


Guangzhou's earliest recorded name is Panyu , a name borrowed from two nearby mountains anciently called Pan and Yu.Its recorded history begins with China's conquering of the area during the Qin Dynasty. Panyu expanded when it became capital of the Nanyue Kingdom (南越) in 206 BC, the territory of the Nanyue Kingdom included what is now Vietnam.

The Han Dynasty annexed the Nanyue Kingdom in 111 BC and Panyu became a provincial capital and remains so today. In 226 AD, Panyu became the seat of Guang Prefecture (廣州; Guangzhou). While originally referring to prefecture only, local citizens gradually adopted the custom of using the same name for their city.
Although Guangzhou replaced Panyu as the name of the walled city, Panyu was still the name of the area surrounding the walled city until the end of Qing Dynasty. Today, Panyu is a district of Guangzhou south of Haizhu District separated from the rest of the city by the Pearl River. sumber wikipedia.




hari pertama sampai di daerah guangdong medarat di baiyuan airport. sewaktu merakam gambar ini  penulis tidak tahu x boleh mengambil gambar.sekali lepassnap kali kedua kena panggil kat security untuk buang gambar tersebut..jadi berhati-hati untuk mengambil gambar...

ini merupakan bas yang akan penulis gunakan untuk ke destinasi seterusnya iaitu guzhen.
untuk ke guzhen sebenarnya ada cara lain yang lebih cepat dari menaiki bas iaitu dengan menaiki keretapi tetapi kerana masih belom mahir dengan sekelliling..pemilihan menaiki bas adalah the best choice dari sesat di negara orang... lagipon hanya berapa percent yang paham dan mampu bertutur dalam pahasa dunia iaitu englishi...

mencari rejeki....

the chinese kid..gambar ini dirakam di sekitar guzhen sambil menyelesaikan kerja seri paduka disini..

setelah selesai semua kerja seri paduka...:)
perjalanan diteruskan kembali ke kota canton aka guangzhou. untuk kembali ke guangzhou..penulis dapat pengalaman pertama menaiki keretaapi yang boleh tahan lajunya(sampai 200km/h) selepas melepas kerana tidak tahu bagaimana hendak ke sini menggunakan keretaapi. jadi untuk ke stesen keretaapi daripada hotel..perlu menaiki kereta sewa atau pon beca aka taxi..jadi untuk menyewa kereta adalah tidak menguntungkan kerana jarak dr hotel ke stesen tidak lah jauh sangat..jadi menggunakan beca bermotor@taxi sgt menjimatkan sambil boleh menikmati alam sekeiling guzhen ini.

ini antara rakaman yang sempat penulis rakamkan ketika berada dalam beca tersebut.. apa yang menarik tentang china adalah hebat dalam klon menklon. contoh yang paling dekat adalah gambar diatas..kamu tahu motor apa itu??renung2 kan...keke

gambar ini dirakam kan dalam keretapi untuk daerah guangzhou.
keretaapi ini akan melalui guangzhou-zhuhai,namun perjalanan sy bermula di tengah2 iaitu guzhen ke guangzhou. sedikit info menarik ingin dikongsikan:

1-selesa n bersih
>sewaktu keretaapi bergerak..akan ade cleaner untuk datang membersih atau menyapu...
>sampai di akhir stesen...pihak cleaner sudah menunggu di luar untuk mencuci keretapi ini.

2-sangat terperinci
>bermula dari membeli tiket...perlu menunjukkan IC jika rakyat tempatan..jika orang luar perlu menunjukkan pasport...nk masuk tempat menunggu kene check luggage...sudah rupa naik flight...keke

3-sangat tepat
tidak perlu menunggu lama...macam.......dot..

4-laju
>kelajuan keretapi ini boleh menjangkau 250km/j...cuma kebiasaan nya hanya digunakan sampai 200km/j..kerana diawal permulaan hanya gunakan sampai 200km/j x sempat nk push sampai 250km.j sudah sampai di stesen lain..

5-menjimatkan masa
>bayangkan jika bergerak dengan bas..masa yang diambil hampir 2 jam 30minit..dengan menaiki keretapi ini..hanya 20-25minit masa diambil untuk sampai ke destinasi..iaitu guangzhou. 

cleaner yang bersedia membersih keretapi..tidak silap penulis nama tempat ni adalah south guangzhou railway station.ini merupakan stesen pertukaran antara daerah ke pekan...(mungkin)


 
beratur dulu beli tiket


i got the ticket..

sampai di guangzhou...sebelom mencari restoren halal..makan satay dulu,,,,satay lembu@kambing ini dibakar seperti satay kat malaysia juga cuma cara makan berbeza...ia boleh dimakan menggunakan roti...kene tambah lg...satu cucuk x silap penulis dalam 2 yuen=1ringgit roti juga 2 yuen..rotinya seperti roti tempayan juga..sewaktu die membakar satay ini dia akan bertanya "spicy???" kalau mahu pedas...dah siap semua jika beli roti sekali.."sandwich???"maksudnya dia apitkan satay ngan roti.then buang lidi tu..:)
untuk pengetahuan mereka yang menjual satay ini datang jauh dr perkampungan orang islam iaitu xinjiang.xinjiang merupaka salah satu tempat untuk penduduk islam di china...


makan satay di pearl river adalah sesuatu yang perlu..kerana penat berjalan...sambil relax kita dapat melihat ratusan ragam manusia disini...

sambill berbasikal..boleh juga berbicara...:)

time to go to another place....

selesai sudah untuk post kali ini...harap kalian boleh memberi sedikit komen yang positif untuk penulis membaiki apa yang kurang,,,terima kasih sudi membaca...semoga rajin mengupdate part II...:)




Monday, October 24, 2011

global malaysia edisi kelantan siri 1

Assalamualaikum ,salam sejahtera, dan salam 1 malaysia.

     Oleh kerana penulis mempunyai ruang untuk menulis pada hari ini, penulis ingin kongsikan kenangan penulis yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. bermula dengan penerangan apa itu global malaysia???
global malaysia merupakan rancangan TV dimana berjalan-jalan ke seluruh malaysia sambil mempelajari teknik fotografi yang diajar oleh Andrew Boey. Rancangan TV ini akan disiarkan di astra 180 dalam bulan november dan disember nanti. untuk edisi kelantan, suntingan hanya dibuat sekitar kota bharu dan beberapa tempat di tumpat, kelantan.

     Pada tarikh 17,18,19 oktober 2011, merupakan tarikh yang tidak dapat penulis lupakan kerana pada tarikh itulah penulis mendapat pengalaman pertama dalam suntingan program TV ini. paling seronok adalah dapat merasai dan shoot seni warisan di kelantan. pelbagai tempat kami pergi seperti tempat membuat batik,tempat membuat akok, membuat wayang kulit dan bermacam-macam lagi..

     Oleh kerana gambar yang siap diproses hanyalah gambar semasa proses membuat kuih tradisional kelantan iaitu akok. untuk siri 1 ini akan berkongsikan gambar akok dimana dr proses menuangkan acuan hingga ke bungkus untuk dijual..hehe. sebelum terlupa, penulis ingin terangkan apa itu akok??
seperti dinyatakan diatas,akok merupakan kuih tradisional kelantan yang diperbuat dari santan,gula melaka, tepung dan telur dan dibakar di dalam bekas acuannya. tempat yang kami lawati masih menggunakan sabut kelapa untuk membakar akok ini.

layankan dulu gambar2 membuat akok ini...akan cuba mengupdate gambar seterus nya dalam masa terdekat..:)

P/S:semua foto ini diambil menggunakan d90 + tamron 17-50 f2.8 +ebeleble lite
abe ya sedang menuangkan tepung yang sudah diadun ke dalam acuannya.

mengangkat penutupnya untuk dibakar dari bahagian atas dan bawah. proses ini untuk membakar akok ini sehingga siap dimasak mengambil masa dalam 3@4 minit.

aksi abe ya menambah sabut kelapa.

akok yang sudah siap dimasak.



siap sedia untuk dijual....


   jika ada sebarang komen atau pendapat sila komen di bawah ini ataupun emailkan kepada tuanazizi88@gmail.com,fon:azizi-012-3686884

sebelum berakhir, penulis ingin kongsikan sekeping lagi gambar untuk siri 2 iaitu gambar pemain kertuk kelapa di gelanggan seni. nantikan siri 2 global malaysia..chiow!

Saturday, October 8, 2011

irfan dan basikalnya....

assalamualaikum dan salam sejahtera....


dah lama penulis mendiamkan diri dalam blog ini kerana tiada bahan untuk dikongsikan...untuk hari ini penulis ingin berkongsi gambar adik penulis...wah...terasa begitu untung menjadi budak-budak sekarang..kerana boleh snap gambar tak kire dimana-mana... kenangan pon dirakam bila-bila masa....tak perlu lg kamera digital...kamera handfon pon dah superb sekarang....itula penangan teknologi...(ni dah mula membebel nim..)

sebelum itu..sedikit info adik penulis..
nama:tuan mohd irfan bin tuan mat...
panggilan:irfan..
umur:3tahun..

 penulis telah mengajak irfan keluar berphotoshoot...ececce...tp disebabkan model yang x berapa reti nak posing..keke..tambah basikal pula masik lagi tidak mengayuh dengan betol...byk kekangan untuk menyunting gambar budak-budak nim...tambah2 penulis yang lg nubis n kubis ini...kekeke

layan sedikit hasil karya penulis dibawah...gambar dibawah diambil dr d3000+tamron 17-50mm+ebeleble lite

irfan

bermulanya kayuhan

pose dulu 


macam ni ke kayuh?

syoknye bawak beskal nim....

rehat kejap...penat betol bawak beskal...

time to go home...

     sekian dari penulis...jika ada sebarang pertanyaan atau komen boleh komen disini..atau di FB penulis :tuan azizi @ email:tuanazizi88@gmail.com @tel.012-3686884





Wednesday, September 14, 2011

tutorial:olahan asap fotografi a.k.a smoke photography editting part III

assalamualaikum dan salam satu malaysia....
hari ini penulis akan meng"update" sedikit lg tutorial tentang olahan smoke photography ini..
secara ringkas tutorial kali akan diajar tentang macammana nak FLIP gambar..supaya nampak macam datang dari dua sumber asapnya...
p/s:kalu betol 2 sumber asap boleh menghasilkan pergerakan asap yang sama mmg DASYAT la...kekeke

step1
1.seperti biasa merge kan dulu semua file sebelom ini...Ctrl+shift+E

step2
1.copy background( ctrl+J)
2.tekan pada tempat yang bulatan merah di sebelah kiri...

step3
1.select pada tempat untuk kita flip

step4
1.klik kanan tetikus...pilih FREE TRANSFORM

step5
1.klik kanan tetikus sekali lg dan pilih FLIP HORIZONTAL

step6
1.letak di belah mana yang anda suka...

step7
1.tadaa...dah siap da pon....untuk langkah yang selamat kita mergekan dulu...macam biasa ctrl+shift+E

step8
1.pilih crop tool
p/s: jika mahu crop stendard boleh set kan pada cropping set tu...kalau nkmanual pon boleh...

step 9
result akhir....letak watermark dan save...SSSIIAAPP!!

ni contoh gambar yang dah siap...view kat PC dulu sebelom hupload..hhehehe...

ni adalah dari FLICKR penulis..
newsmoke


alhamdulillah berakhir sudah tutorial sebanyak 3 episod ini...penulis berharapdengan perkongsian ini dapat la kita sama-sama membuat smoke photography di rumah...di kala sekarang pon kat luar berjerebu..hujan...di rumah pon jadi la untuk shoot...akhir kata  dari penulis...jika ada salah silap dalam penulisan penulis...jika ada yang perlu diperbetulkan boleh hantar PM pada penulis...lg baik komen disini...:p

sekian...terima kasih...

sebarang masalah boleh hubungi penulis..melalui tuanazizi88@gmail.com / tuanazizi-012-3686884

Monday, September 12, 2011

tutorial:olahan asap fotografi a.k.a smoke photography editting part II

assalamualaikum dan salam sejahtera...salam 1 malaysia...

   oleh kerana penulis masih lagi dalam mood menulis jadi agak cepat sedikit mengupdate blog ini...hehe
untuk hari ini...akan membuat sambungan kepada tutorial part 1 (boleh tekan kepada yang belom mengikuti blog ini.) dan ini adalah koleksi smoke photography penulis koleksi smoke photography. ini adalah cara penulis sendiri...penulis tidak pasti ada cara yang lebih mudah atau tidak..jika ada boleh lah berkongsi bersama penulis...

p/s:kualiti gambar agak kurang...mohon maaf ye sahabat...

step1
tekan Ctrl+shift+E untuk mergekan gambar(seperti didalam bulatan merahitu)

step 2
1.copy layer background
2.select brush
3.select kaler putih.(sapu  pada bahagian yang x berkenaan...)

step 3
1.create new layer
2.letak dibawah copy layer BG(background)

step 4
1.tekan pada layer copy(setkan kepada luminosity)

step5
1.klik pada new layer td
2.tekan G untuk gradient tool
3.amik kaler yang warna-warni(macam yang tanda merah diatas)

step6
ini cara penulis tarik gradient...(pastikan letak pada new layer td)

step 7
hasilnya.....

step8
1.merge semua dulu...step ni terpulang samaada mahu merge ataupon tidak..
ctrl+shift+E

step 9
1.select brush tool balik untuk buang warna yang tidak diperlukan
2.pastikan pada kaler putih

step 10
ini adalah hasil nya....end of part II

    dengan itu berakhir la tutorial untuk kali ini....terdapat satu lagi siri untuk olahan fotografi asap ini...sekali lagi mohon maaf jika ada kelemahan dalam tutorial ini....cara ini adalah cara penulis sendiri...penulis menjumpai cara ini ketika try and error setelah mencari teknik olahan di google  tidak diketemui...segala kritikan membina amat penulis hargai....sebelom berakhir penulis ingin berkongsi hasil gambar ini pada siri III nanti....

newsmoke

sekian dari penulis.....
sebarang komen boleh dihantar kepada tuanazizi88@gmail.com /hubungi tuan azizi-0123686884