Friday, September 21, 2012

Tutorial : Cara Buang kas warna a.k.a how to remove color cast

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia buat sahabat2 yang tengah membaca blog penulis ini.. Alhamdulillah hari ini diberikan peluang untuk menulis @ mengemas kini blog penulis ini. Untuk post kali ini ini penulis akan berkongsi tentang cara-cara membuang kas warna pada gambar. Dua cara kas ini boleh boleh berlaku adalah dengan penggunaan penuras, biasanya penuras yang kurang berkualiti akan menghasilkan kas yang kuat tapi penuras yang mahal juga masih ada kasnya tp mudah dikawal contoh Hoya ND400 akan menghasilkan kast biru kehijauan untuk kas ini senang dimodifikasi didalam "photoshop" macam mana pula kas yang susah dibaiki? kas ini biasanya berwarna "magenta" dan terhasil daripada gabungan 2 keping penuras yang lebih dari 5 stop. Satu cara lagi kas ini boleh terhasil daripada pemilihan "white balance" yang tidak betol contoh keadaan perlukan sedikit "cold temperature" tapi gambar yang dihasilkan adalah sedikit "Warm temperature" jadi akan wujud mood warm dalam gambar. cukup sudah pengenalan kas kembali pada tutorialnya. 

nota kaki : penulis menggunakan Nikon D90+tokina 12-24 f4+hoya ND400

1. Buka fail gambar>copy layer (Ctrl+J)

 2. i - Tekan filter>Blur>Average
     ii - kaler yang terhasil adalah kas yang terdapat pada gambar
 3. i - Tekan Curve
     ii - ambil pen yang ditengah macam yang dibulatkan dan klik pada gambar
 4. i - Tutup mata pada layer "background copy"(bagi gambar ni)
     ii - jika minat pada kas yang terdapat pada gambar tp jika cuma ingin meminimumkan kasboleh bermain dengan Opacity.
 Hasil yang diperoleh
 Sekian daripada penulis...terima kasih...jika ada sebarang komen sangat dialukan...

Nota kaki II : terdapat banyak cara untuk membuang kas ini cuma lah salah satu cara...boleh tanya encik google dan makcik youtube untuk lebih jelas.

Friday, September 7, 2012

Teaser {My Pre-WeD}

     Salam 1 malaysia buat sahabat.Pada minggu lepas bersamaan 02 ogos 2012 telah menuju ke Shah alam untuk photoshoot.Sebelom terlupa berita sedikit menggemparkan juga insyaAllah majlis kami akan berlangsung pada 24/11/2012 dimana nikahnya 23/11/12. Ini sekadar pengetahuan am dulu kerana kad pon masih belom siap..apapon semua dijemput nanti.. untuk post kali ini lebih kepada teaser, full gambar akan di up next post...gambar2 pre-wedding ini diambil oleh Azim Idris dan iskandar azlan shah

p/s: tekan link ni untuk ke blog azim idris dimana beliau telah mengupdate gambar2 ini... PRE-WED Azizi&Aini


more.....coming soon!!Stay tune & Thanks for watching!

Wednesday, August 8, 2012

Coretan Pencapaian LPC12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertama sekali... "Ya Allah,Jauhkanlah perasaan takbur dan sombong si penulis (tuan azizi) ini" moga-moga setiap kali sahabat membaca..sahabat mendoakan penulis supaya jauh perasaan yang buruk itu dan mungkin post kali ini ada orang mengatakan menunjuk dengan kejayaan (ini biasa berlaku pada pemikiran kita) tapi sejujurnya post ini adalah untuk penulis berkongsi kegembiraan bersama sahabat-sahabat tentang sedikit kejayaan pada diri penulis.

     Berbalik pada tajuk asal iaitu pencapaian penulis yang paling besar adalah memenangi LANDSCAPE PHOTO CONTEST 2012 (LPC12) pada bulan ramadhan yang mulia ini dan tarikh yang baru saja diumumkan pada 05/08/2012.

credit to admin LPC12










Sedikit coretan semasa contest
      Pada pertengahan May 2012,penulis telah melihat iklan diatas yang diiklankan oleh salah seorang admin dalam contest tersebut. Tercetus di pemikiran penulis ingin turut serta memeriahkan contest lalu membuat pemilihan gambar-gambar yang sesuai untuk dihantar. Di bawah ini adalah senarai foto yang telah penulis senarai pendek kan.


Jadi penulis telah memilih antara 6 yang terbaik untuk dihantar ke pertandingan tersebut. Gambar yang dipilih adalah belum pernah di"publish" mana-mana laman sesawang lagi. Setelah menghantar ke enam gambar dalam pertandingan penulis tidak sabar menanti jawapannya menanti detik 15 julai berakhir agak lama bagi penulis kerana semakin lama tempoh pertandingan semakin ramai peserta yang akan hantar jadi semakin sengit cabaran..hehehe.... setelah berakhirnya tempoh untuk menyertai contest ini..penulis  melihat gambar-gambar yang dihantar oleh sahabat sehobi sangat lah terbaik jadi penulis tidak menyimpan impian yang besar cukup lah sekadar TOP10 tapi kalau dapat galaxy TAB(juara) seronok juga...hehe... Bila berakhir tempoh itu adming menyatakan pemenang akan diberitahu 30/07 ini kerana memberi ruang pihak juri menilai setiap gambar yang dihantar. Sebelum terlupa juri untuk contest ini adalah Warnaiman Azizi dan Tan Hock Teck dimana nama beliau tidak asing di bibir landscapes... jadi penulih masih menunggu sehingga 30/07/2012. Setelah sampai pada tarikhnya...rupanya yang diumumkan cuma top 30. Sewaku diumumkan top30 penulis hanya mampu melihat dalam skrin kecil telefon sahaja tentang berita yang belom sahih itu..kerana berada di luar kawasan. Setelah sampai di KL sentral sementara menunggu kerja selesai disana penulis membuka laptop dan melihat..syukur sekeping gambar tersangkut untuk top30..tgk gambar sahabat lain terasa semakin berdebar kerana semuanya terbaik. Setelah reda sesi admin menghangatkan keadaan denga top30...diumumkan lagi akan mengumumkan TOP10 pada malam 31/07/2012 dimana waktu itu penulis berada di ruang menunggu LCCT untuk balik ke kota bharu.Alhamdulillah sangkut lagi top 10. Apa yang menarik dalam top 10 kebanyakan dari sahabat penulis antaranya Muhd Fuad,Salehudin Lokman, Serah Pak Cu, Fakrul Jamil dan Abam jiwa al-hadi (seperti di bawah)

kredit to LPC12

Berita selanjutnya oleh admin mengatakan akan mengumumkan pada 03/08/2012. Menunggu dengan debaran bila pihak admin mahu update rangking dalam TOP10 itu dari jam 10 penulis menunggu sambil berfikiran positif..hehe. Hampir berdetik jam 12 admin telah menyatakan keputusan akan diumumkan dalam bila-bila masa kerana keputusan telah berada di tangan beliau. Keputusan diumumkan daripada no.10 kepada no.4..penuh dengan kehangatan syukur gambar penulis belom dipetik bermaksud tergolong dalam TOP3.Akhir sekali diumumkan penulis telah memenangi contest tersebut. Semacam tidak percaya tapi itulah hakikat, Syukur ke harat ilahi kerana diberi rezeki di bulan penuh mulia ini dengan kemenangan ini. Senarai pemenang-pemenang seperti di bawah:

kredit to zul husain (admin LPC12)

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur LPC12, Penaja LPC, Admin LPC12 serta semua yang terlibat dalam contest ini.  Tahniah juga penulis ucapkan pada sahabat serta terima kasih penulis ucapkan pada sahabat yang mengucapkan tahniah pada penulis.  Penulis kepilkan foto yang telah memenangi contest ini:


Sekian terima kasih buat sahabat yang sudi singgah di blog penulis ini.

Saturday, July 28, 2012

Koleksi Infra-MERAH Versi Pro-Emas ( Collection InfraRED Goldie Pro Version) I

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat..Salam Ramadhan al-mubarak...

     Topik pada kali ini, penulis hanya ingin berkongsi sedikit karya infrared yang belum pernah kongsikan bersama sahabat-sahabat.Tiada penulisan panjang untuk thread kali ini...









sekian dari penulis..Selamat berpuasa

Friday, June 15, 2012

TUTORIAL : Bagaimana membuat Watermark (how to make watermark)

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Alhamdulillah hari ini masih lagi sempat penulis mengemaskini blog ini dan yang paling menarik dah lama peulis tidak berkongsi tutorial. Pertama tutorial ini juga adalah untuk newbies yang masih belom tahu caranya untuk membuat "watermark" kalau pembaca sekarang merupakan OTAI ataupon sebaris dengannya a.k.a "orang lama" yang sudah mengetahui caranya mungkin boleh komen sepatah dua kata untuk penambahbaikan penulis di masa hadapan.

     Apa itu Watermark?? kebanyakan daripada kita @ lebih popular dengan perkataan "PHOTOGRAFER" sekarang sudah tahu apa itu watermark. Walaubagaimanapon penulis ingin berkongsi apa yang penulis paham tentang watermark ini. Watermark merupakan satu tanda pada sesuatu karya dimana dengan tanda itu individu boleh mempertahankan karyanya jika berlaku kejadian seperti karyanya dicuri dan seumpamanya. Terdapat pelbagai cara ataupon bentuk untuk kita membuat watermark samaada melalui simbol,tulisan,nombor dan lain-lain.

     Apa beza Watermark dengan Copyright??? pada pemahaman penulis kedua benda tu adalah sama dimana untuk mempertahankan hak karya kita jika ada kes sepesti penulis nyatakan diatas. Cuma untuk mendapatkan Copyright ini kita perlu mendaftarkan kepada satu jabatan dan membayar seberapa amaun penulis tidak pasti dan jika berlaku kes kcurian karya jabatan tersebut akan mengambil tindakan. Berbeza dengan Watermark. Dengan adanya watermark di gambar kita (walaupon watermark boleh dibuang) maka kita akan rasakan ini lah karya aku itu di pemikiran kita yang berkarya..tapi tida pada pemikiran si pencuri karya. Meletak watermark pada gambar bagi penulis sama meletak kunci pada motorsikal,jika yang dikunci tu motor yang mahal atau yg berkuali,pencuri tetap akan cuba membuka walaupon ada 10 biji solex di bodi motorsikal tersebut,sama lah jugak jika karya itu sangat lah power ataupon OHSEM. ada saja orang yg mencurinya..tp jika sebaliknya kalau motorsikal tu buruk ataupon x cukup sifatnya,parking tak kunci pon orang tak mahu curi..keke

     Kembali pada topik untuk kali ini,penulis akan berkongsi sedikit cara bagaimana penulis buat dan guna watermark pada gambar penulis.  Buat pengetahuan cara ini hasil penulis menGoogle bukan dari penulis cuma penulis buat cara yang penulis paham untuk dikongsikan bersama.
P/S:cara ini juga lebih kurang sama di sifoo.com .

Cara-caranya:
1) buka photoshop>new
p/s:penulis menggunakan photoshop CS5



2)akan keluar 1 plate untuk diisi valuenya.
untuk wide dan height penulis tidak mempunya standard..kadang-kadang buat 300px X 300px,kadang buat 500px X 500px jadi benda tu terserah pada kamu. Last sekali klik OK
p/s:paling penting step no.3 tukar pada "transparent"

3)sedikit pencerahan pada nombor2 tersebut:
i - hasil dari setting kita sebelom ini...
ii - T untuk text..jadi tulis lah apa yg perlu untuk watermark kamu
iii - tekan CTRL+ALT+shift+E untuk flatten image (bila dah siap step kedua...kira final la...)
 
4) Seperti biasa sudah selesai semua SAVE AS>>PSD file



5) Sudah Save, mesti test power berkesan atau tidak..caranya hanyalah kembali pada tempat kita save tadi dan drag pada gambar yag telah kita siao mengolahnya. 



6) cara yang terkahir untuk menukar tulisan kita pada putih tukar pada blending mode "divide" insyaAllah bertukar...cara yang terakhir adalah jika perlu aau dalam kata lain kalau dalam kelas dipanggil "extra knowledge" .....



     Sekian dari penulis, jika ada sebarang kekeliruan boleh PM pada penulis atau komen terus di sini, semoga ilmu ini dapat dikongsikan lagi kepada sahabat2 yang lain jika ia berguna,InsyaAllah. Akhir kata dari penulis,mohon maaf jika ada tersalah bahasa dan kata dalam penulisan untuk kali ini. Sekeping hasil makro penulis baru-baru ini.Assalamualaikum ..








Saturday, June 2, 2012

Preview: Buku Teknik Suntingan Foto Terbaik oleh Imran Abdul Jabar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca2... 

     Setelah hampir 4 bulan tidak mengupdate blog dan telah mendapat kritikan daripada sahabat yang bertanya blog penulis masih wujud atau tidak?? Penulis dengan yakin memberitahu masih wujud cuma kekangan masa yang membuatkan blog ini telah lama tersadai. Penulis memohon maaf kepada follower kerana tidak mengupdate blog ini..

     Topik pada kali ini, Penulis akan me"review"kan sebuah buku yang penulis telah beli secara online dengan penulisnya sendiri iaitu imran abdul jabar   (klik untuk page facebook beliau). Untuk pengetahuan ini merupakan buku pertama penulis beli yang perihal olahan@editing foto ini  sebelum ini hanya membeli majalah2 tentang kamera seperti Digital Camera Mag(DCM tp telah berhenti membeli semenjak ada iklan arak),Digital SLR,Aperture DLL..

     Bagaimana penulis boleh terbeli buku ini????
Sewaktu penulis melayari fesbuk,ternampak iklan yang dikongsikan oleh penulis buku ini iaitu Imran abdul Jabar yang mengatakan sebuah buku beliau akan dilancarkan dan yang lebih menarik berharga RM30 bersama postage (bermaksud sangat murah dan berbaloi) tu pada luarannya sebelum mendapat buku tersebut. Setelah membuat pembayaran secara Online dan bila buku sampai  pada tangan penulis sangat lah berpuas hati. 

Cover hadapan

      Setelah meneliti secara kasar buku ini, sangat lah ringkas dan padat infonya. Pelbagai teknik olahan untuk pelbagai genre fotografi tapi pada penglihatan penulis buku ini lebih kepada olahan "tone" yang mana sangat berguna kepada foto yang berhubung kepada manusia, dimana penulis selalu mendengar orang mengatakan memanggil "mood" pada gambar contohnya wedding photography,street photography tapi bagi penulis kerana penulis lebih kepada "nature" terasa bermain dengan "tone" pada landscape pasti pelik hasilnya kerana kejadian@mood foto waktu diambil memang sudah terasa "WOW" faktornya.(itu pada penulis.)

     Pasti ada bertanya "penulis seorang yang suka shoot dengan nature,berbaloi kah membeli buku ini??
- Seperti mana telah penulis katakan diatas harga Rm30.00 harga sebuah buku ini sangat murah dan berbaloi pada penulis kerana dengan buku ini kita boleh menambah kepakaran kita dalam menggunakan "photoshop" atau mungkin kita boleh menggunakan sedikit teknik dalam buku ini untuk teknik mengolah untuk landscape.

     Kenapa membeli buku??kenapa tidak Google saja???
- Buat pengetahuan sebelum ini memang sudah men"google" tentang perihal tone ni. ada pengetahuan tentang tone ni tapi tidak banyak, kenapa mesti berkira selagi harga mampu dibeli pada  hemat penulis sampai masa bila kita minat sesuatu kita perlu mengeluarkan bajet untuk itu. sama macam berbaloi ke masuk kelas@masuk praktikal kelas???pada penulis benda tu sangat berbaloi jika kita tahu apa yang kita minat... Contoh kalau kita minat Landscape....kalau kita masuk kelas portrait dengan bayaran rm300-500 pada penulis sangat lah membazir tapi kalau kita gunakan wang tu masuk kelas aliran landscape juga macam yang tersohor dikalangan lenskep adalah (For Better Exposure aka FBE) yang diketuai oleh Warnaiman Azizi lebih berbaloi. tapi jika kelas portrait itu murah harga dalam rm100-150 maksudnya mampu bayar tidak salah kita masuk untuk menambah ilmu kita dalam fotografi..

Cover
      Bila membelek halaman pertama,penulis  tersenyum melihat kata-kata semangat oleh Imran Abdul Jabar. antara kandungan dalam tulisan beliau yang menarik adalah seperti yang kita biasa dengar "teknik olahan gambar tidak akan menjadi @ perfect jika gambar yang diambil tak kena settingnya dalam kata pendeknya kepakaran menggunakan kamera masih lemah tp mengharapkan perisian untuk mencantikkan lagi gambar. itu adalah satu kesalahan yang besar jika kita berfikiran begitu. langkah yang sebetulnya belajar dulu menggunakan kamera dengan teknik yang betol baru lah kita boleh mengolah dengan lebih baik. Sama seperti memasak nasi,kalau betol tekniknya jadi la nasi yang sempurna untuk dimakan kalau dah hangit dan berkerak nasi tu letak la air ke apa tetap tidak sedap nasi tu untuk dimakan.

kata-kata semangat,,:)
     Antara kandungan yang terdapat buku ini lebih kuraang 24 teknik olahan yang terdapat dalam buku ini. Seperti biasa dalam sebuah pokok ada buah yang baik ada buah buruk, balik pada buku ini sama seperti penulis ada yang penulis boleh menerima teknik olahan yang terkandung ada dalam buku ini,ada yang tak boleh kerana bagi penulis ada alasan tersendiri tapi mungkin ada yang minat olahan sebegitu sebab bila kita bercakap tentang seni ni ia merupakan skop yang luas tidak boleh dipertikaikan yang penting kita menghormati satu sama lain, Contoh ada 3 teknik olahan A,B, dan C. Penulis minat A & B dan bagi penulis teknik C sangat mengarut tak logik akal tapi si polan ni lebih minat pada C kita mesti hormat keputusan beliau kerana dia tetap berkarya cara beliau..

kandungan..
     Penulis telah mencuba satu teknik yang terdapat dalam buku ini yang dinamakan "coffee tone" cara nya sangat mudah untuk diikuti dan dipahami. Akhir kata penulis untuk "review" buku ini sangat lah berbaloi membeli buku ini.
hasil dari coffee tone


     Buat pengetahuan sahabat2 penulis tidak dibayar komisen pon untuk review buku ini,cuma penulis hanya berkongsi tentang buku pertama yang penulis beli. berbaloi atau tidak berbaloi kita melaburkan wang pada satu genre yang minat kita cuma 20%-30% pada penulis jika mampu dengan harganya beli lah tapi kalau belum mampu boleh saja google(menggunakan kuasa jari anda) untuk mencari setiap info yang anda mahu. tapi jika anda berUANG boleh saja beli yang mana-mana yang anda terasa nak beli tapi pada penulis jika ingin melaburkan sesuatu kerana setiap pembayar wang tunai dalam hobi kita adalah pelaburan,jadi biarlah pelaburan yang berbaloi. Sekian dari penulis. -Tuan Azizi-

p/s:terima kasih sudi membaca,boleh share pada kawan jika penulisan ini perlu dishare..=)
     - semua foto diatas diambil menggunakan d90+nikkor 50mm

Thursday, February 23, 2012

kelate photowalk: industri ikan kering


Assalamualaikum dan Salam 1 malaysia

     Hari ini dapat lagi sekali penulis mencuri masa...ececece untuk mengUPDATE blog ambe ini..untuk post kali berkisarkan perusahaan ikan kering di kg.geting,tumpat kelantan. foto-foto ini dirakamkan ketika sahabat sehobi penulis yang datang ke negeri kelantan pada 07 februari 2012.

     Sebelum itu, mungkin akan ada saudara/saudari yang mengenali penulis akan bertanya..kampung sendiri pon nak buat photowalk jugak ke ??bukan  hari2 boleh datang sini..ingin penulis jelaskan disini..memang asal penulis disini..tp untuk datang shoot disini sangat RARE n malas...jadi alang2 sahabat sudah sampai..minat yang sama..penulis planning ke sini untuk shoot dengan tema photojurnalist.

     Kami sampai di pantai geting ini dalam jam 9.00 setelah siap sarapan dan sunrise di jubakar pantai..:D...sewaktu tiba makcik makcik disini sudah pon memulakan kerjanya menjemur ikan diatas para (tempat menjemur ikan). Melalui perbualan penulis dengan makcik2 disini yang "sporting".. Ikan2 ini akan dijemur selama sehari dan akan melalui proses "packaging" untuk keesokan harinya. ikan2 ini dibawa dari utara buat masa ini kerana kekurangan hasil laut yg sesuai dibuat ikan kering diperoleh dari nelayan setempat. ikan2 akan direndam ke dalam air garam untuk diperap selama semalam sebelom dijemur keesokkan harinya.kebanyakan yang menjemur ikan ini adalah perempuan kerana yang lelaki sibuk di belakang tabir..ececece...:D











undilah???sempena PRU yang akan tiba x lama lagi...sudah kah anda berdaftar??


UNDI ANDA MENENTU MASA DEPAN NEGARA...eccecce






minimalist