Monday, October 24, 2011

global malaysia edisi kelantan siri 1

Assalamualaikum ,salam sejahtera, dan salam 1 malaysia.

     Oleh kerana penulis mempunyai ruang untuk menulis pada hari ini, penulis ingin kongsikan kenangan penulis yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. bermula dengan penerangan apa itu global malaysia???
global malaysia merupakan rancangan TV dimana berjalan-jalan ke seluruh malaysia sambil mempelajari teknik fotografi yang diajar oleh Andrew Boey. Rancangan TV ini akan disiarkan di astra 180 dalam bulan november dan disember nanti. untuk edisi kelantan, suntingan hanya dibuat sekitar kota bharu dan beberapa tempat di tumpat, kelantan.

     Pada tarikh 17,18,19 oktober 2011, merupakan tarikh yang tidak dapat penulis lupakan kerana pada tarikh itulah penulis mendapat pengalaman pertama dalam suntingan program TV ini. paling seronok adalah dapat merasai dan shoot seni warisan di kelantan. pelbagai tempat kami pergi seperti tempat membuat batik,tempat membuat akok, membuat wayang kulit dan bermacam-macam lagi..

     Oleh kerana gambar yang siap diproses hanyalah gambar semasa proses membuat kuih tradisional kelantan iaitu akok. untuk siri 1 ini akan berkongsikan gambar akok dimana dr proses menuangkan acuan hingga ke bungkus untuk dijual..hehe. sebelum terlupa, penulis ingin terangkan apa itu akok??
seperti dinyatakan diatas,akok merupakan kuih tradisional kelantan yang diperbuat dari santan,gula melaka, tepung dan telur dan dibakar di dalam bekas acuannya. tempat yang kami lawati masih menggunakan sabut kelapa untuk membakar akok ini.

layankan dulu gambar2 membuat akok ini...akan cuba mengupdate gambar seterus nya dalam masa terdekat..:)

P/S:semua foto ini diambil menggunakan d90 + tamron 17-50 f2.8 +ebeleble lite
abe ya sedang menuangkan tepung yang sudah diadun ke dalam acuannya.

mengangkat penutupnya untuk dibakar dari bahagian atas dan bawah. proses ini untuk membakar akok ini sehingga siap dimasak mengambil masa dalam 3@4 minit.

aksi abe ya menambah sabut kelapa.

akok yang sudah siap dimasak.



siap sedia untuk dijual....


   jika ada sebarang komen atau pendapat sila komen di bawah ini ataupun emailkan kepada tuanazizi88@gmail.com,fon:azizi-012-3686884

sebelum berakhir, penulis ingin kongsikan sekeping lagi gambar untuk siri 2 iaitu gambar pemain kertuk kelapa di gelanggan seni. nantikan siri 2 global malaysia..chiow!

Saturday, October 8, 2011

irfan dan basikalnya....

assalamualaikum dan salam sejahtera....


dah lama penulis mendiamkan diri dalam blog ini kerana tiada bahan untuk dikongsikan...untuk hari ini penulis ingin berkongsi gambar adik penulis...wah...terasa begitu untung menjadi budak-budak sekarang..kerana boleh snap gambar tak kire dimana-mana... kenangan pon dirakam bila-bila masa....tak perlu lg kamera digital...kamera handfon pon dah superb sekarang....itula penangan teknologi...(ni dah mula membebel nim..)

sebelum itu..sedikit info adik penulis..
nama:tuan mohd irfan bin tuan mat...
panggilan:irfan..
umur:3tahun..

 penulis telah mengajak irfan keluar berphotoshoot...ececce...tp disebabkan model yang x berapa reti nak posing..keke..tambah basikal pula masik lagi tidak mengayuh dengan betol...byk kekangan untuk menyunting gambar budak-budak nim...tambah2 penulis yang lg nubis n kubis ini...kekeke

layan sedikit hasil karya penulis dibawah...gambar dibawah diambil dr d3000+tamron 17-50mm+ebeleble lite

irfan

bermulanya kayuhan

pose dulu 


macam ni ke kayuh?

syoknye bawak beskal nim....

rehat kejap...penat betol bawak beskal...

time to go home...

     sekian dari penulis...jika ada sebarang pertanyaan atau komen boleh komen disini..atau di FB penulis :tuan azizi @ email:tuanazizi88@gmail.com @tel.012-3686884