panosunrisetujuh

Wednesday, August 8, 2012

Coretan Pencapaian LPC12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertama sekali... "Ya Allah,Jauhkanlah perasaan takbur dan sombong si penulis (tuan azizi) ini" moga-moga setiap kali sahabat membaca..sahabat mendoakan penulis supaya jauh perasaan yang buruk itu dan mungkin post kali ini ada orang mengatakan menunjuk dengan kejayaan (ini biasa berlaku pada pemikiran kita) tapi sejujurnya post ini adalah untuk penulis berkongsi kegembiraan bersama sahabat-sahabat tentang sedikit kejayaan pada diri penulis.

     Berbalik pada tajuk asal iaitu pencapaian penulis yang paling besar adalah memenangi LANDSCAPE PHOTO CONTEST 2012 (LPC12) pada bulan ramadhan yang mulia ini dan tarikh yang baru saja diumumkan pada 05/08/2012.

credit to admin LPC12










Sedikit coretan semasa contest
      Pada pertengahan May 2012,penulis telah melihat iklan diatas yang diiklankan oleh salah seorang admin dalam contest tersebut. Tercetus di pemikiran penulis ingin turut serta memeriahkan contest lalu membuat pemilihan gambar-gambar yang sesuai untuk dihantar. Di bawah ini adalah senarai foto yang telah penulis senarai pendek kan.


Jadi penulis telah memilih antara 6 yang terbaik untuk dihantar ke pertandingan tersebut. Gambar yang dipilih adalah belum pernah di"publish" mana-mana laman sesawang lagi. Setelah menghantar ke enam gambar dalam pertandingan penulis tidak sabar menanti jawapannya menanti detik 15 julai berakhir agak lama bagi penulis kerana semakin lama tempoh pertandingan semakin ramai peserta yang akan hantar jadi semakin sengit cabaran..hehehe.... setelah berakhirnya tempoh untuk menyertai contest ini..penulis  melihat gambar-gambar yang dihantar oleh sahabat sehobi sangat lah terbaik jadi penulis tidak menyimpan impian yang besar cukup lah sekadar TOP10 tapi kalau dapat galaxy TAB(juara) seronok juga...hehe... Bila berakhir tempoh itu adming menyatakan pemenang akan diberitahu 30/07 ini kerana memberi ruang pihak juri menilai setiap gambar yang dihantar. Sebelum terlupa juri untuk contest ini adalah Warnaiman Azizi dan Tan Hock Teck dimana nama beliau tidak asing di bibir landscapes... jadi penulih masih menunggu sehingga 30/07/2012. Setelah sampai pada tarikhnya...rupanya yang diumumkan cuma top 30. Sewaku diumumkan top30 penulis hanya mampu melihat dalam skrin kecil telefon sahaja tentang berita yang belom sahih itu..kerana berada di luar kawasan. Setelah sampai di KL sentral sementara menunggu kerja selesai disana penulis membuka laptop dan melihat..syukur sekeping gambar tersangkut untuk top30..tgk gambar sahabat lain terasa semakin berdebar kerana semuanya terbaik. Setelah reda sesi admin menghangatkan keadaan denga top30...diumumkan lagi akan mengumumkan TOP10 pada malam 31/07/2012 dimana waktu itu penulis berada di ruang menunggu LCCT untuk balik ke kota bharu.Alhamdulillah sangkut lagi top 10. Apa yang menarik dalam top 10 kebanyakan dari sahabat penulis antaranya Muhd Fuad,Salehudin Lokman, Serah Pak Cu, Fakrul Jamil dan Abam jiwa al-hadi (seperti di bawah)

kredit to LPC12

Berita selanjutnya oleh admin mengatakan akan mengumumkan pada 03/08/2012. Menunggu dengan debaran bila pihak admin mahu update rangking dalam TOP10 itu dari jam 10 penulis menunggu sambil berfikiran positif..hehe. Hampir berdetik jam 12 admin telah menyatakan keputusan akan diumumkan dalam bila-bila masa kerana keputusan telah berada di tangan beliau. Keputusan diumumkan daripada no.10 kepada no.4..penuh dengan kehangatan syukur gambar penulis belom dipetik bermaksud tergolong dalam TOP3.Akhir sekali diumumkan penulis telah memenangi contest tersebut. Semacam tidak percaya tapi itulah hakikat, Syukur ke harat ilahi kerana diberi rezeki di bulan penuh mulia ini dengan kemenangan ini. Senarai pemenang-pemenang seperti di bawah:

kredit to zul husain (admin LPC12)

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur LPC12, Penaja LPC, Admin LPC12 serta semua yang terlibat dalam contest ini.  Tahniah juga penulis ucapkan pada sahabat serta terima kasih penulis ucapkan pada sahabat yang mengucapkan tahniah pada penulis.  Penulis kepilkan foto yang telah memenangi contest ini:


Sekian terima kasih buat sahabat yang sudi singgah di blog penulis ini.

6 comments:

  1. wak ganherrr gamboo ginimm abeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nok wat gane..kalu moment tu..memey xleh nk buat la..hehe...kalu seting tu untuk landscape mace biase F8 keatas iso paling low..shutter ikut keadaan..harap membantu...mekasih ye bey

      Delete
  2. Replies
    1. wakakaka..khenat statement abe leh...tahniah jugok buat maste...

      Delete