panosunrisetujuh

Saturday, June 2, 2012

Preview: Buku Teknik Suntingan Foto Terbaik oleh Imran Abdul Jabar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca2... 

     Setelah hampir 4 bulan tidak mengupdate blog dan telah mendapat kritikan daripada sahabat yang bertanya blog penulis masih wujud atau tidak?? Penulis dengan yakin memberitahu masih wujud cuma kekangan masa yang membuatkan blog ini telah lama tersadai. Penulis memohon maaf kepada follower kerana tidak mengupdate blog ini..

     Topik pada kali ini, Penulis akan me"review"kan sebuah buku yang penulis telah beli secara online dengan penulisnya sendiri iaitu imran abdul jabar   (klik untuk page facebook beliau). Untuk pengetahuan ini merupakan buku pertama penulis beli yang perihal olahan@editing foto ini  sebelum ini hanya membeli majalah2 tentang kamera seperti Digital Camera Mag(DCM tp telah berhenti membeli semenjak ada iklan arak),Digital SLR,Aperture DLL..

     Bagaimana penulis boleh terbeli buku ini????
Sewaktu penulis melayari fesbuk,ternampak iklan yang dikongsikan oleh penulis buku ini iaitu Imran abdul Jabar yang mengatakan sebuah buku beliau akan dilancarkan dan yang lebih menarik berharga RM30 bersama postage (bermaksud sangat murah dan berbaloi) tu pada luarannya sebelum mendapat buku tersebut. Setelah membuat pembayaran secara Online dan bila buku sampai  pada tangan penulis sangat lah berpuas hati. 

Cover hadapan

      Setelah meneliti secara kasar buku ini, sangat lah ringkas dan padat infonya. Pelbagai teknik olahan untuk pelbagai genre fotografi tapi pada penglihatan penulis buku ini lebih kepada olahan "tone" yang mana sangat berguna kepada foto yang berhubung kepada manusia, dimana penulis selalu mendengar orang mengatakan memanggil "mood" pada gambar contohnya wedding photography,street photography tapi bagi penulis kerana penulis lebih kepada "nature" terasa bermain dengan "tone" pada landscape pasti pelik hasilnya kerana kejadian@mood foto waktu diambil memang sudah terasa "WOW" faktornya.(itu pada penulis.)

     Pasti ada bertanya "penulis seorang yang suka shoot dengan nature,berbaloi kah membeli buku ini??
- Seperti mana telah penulis katakan diatas harga Rm30.00 harga sebuah buku ini sangat murah dan berbaloi pada penulis kerana dengan buku ini kita boleh menambah kepakaran kita dalam menggunakan "photoshop" atau mungkin kita boleh menggunakan sedikit teknik dalam buku ini untuk teknik mengolah untuk landscape.

     Kenapa membeli buku??kenapa tidak Google saja???
- Buat pengetahuan sebelum ini memang sudah men"google" tentang perihal tone ni. ada pengetahuan tentang tone ni tapi tidak banyak, kenapa mesti berkira selagi harga mampu dibeli pada  hemat penulis sampai masa bila kita minat sesuatu kita perlu mengeluarkan bajet untuk itu. sama macam berbaloi ke masuk kelas@masuk praktikal kelas???pada penulis benda tu sangat berbaloi jika kita tahu apa yang kita minat... Contoh kalau kita minat Landscape....kalau kita masuk kelas portrait dengan bayaran rm300-500 pada penulis sangat lah membazir tapi kalau kita gunakan wang tu masuk kelas aliran landscape juga macam yang tersohor dikalangan lenskep adalah (For Better Exposure aka FBE) yang diketuai oleh Warnaiman Azizi lebih berbaloi. tapi jika kelas portrait itu murah harga dalam rm100-150 maksudnya mampu bayar tidak salah kita masuk untuk menambah ilmu kita dalam fotografi..

Cover
      Bila membelek halaman pertama,penulis  tersenyum melihat kata-kata semangat oleh Imran Abdul Jabar. antara kandungan dalam tulisan beliau yang menarik adalah seperti yang kita biasa dengar "teknik olahan gambar tidak akan menjadi @ perfect jika gambar yang diambil tak kena settingnya dalam kata pendeknya kepakaran menggunakan kamera masih lemah tp mengharapkan perisian untuk mencantikkan lagi gambar. itu adalah satu kesalahan yang besar jika kita berfikiran begitu. langkah yang sebetulnya belajar dulu menggunakan kamera dengan teknik yang betol baru lah kita boleh mengolah dengan lebih baik. Sama seperti memasak nasi,kalau betol tekniknya jadi la nasi yang sempurna untuk dimakan kalau dah hangit dan berkerak nasi tu letak la air ke apa tetap tidak sedap nasi tu untuk dimakan.

kata-kata semangat,,:)
     Antara kandungan yang terdapat buku ini lebih kuraang 24 teknik olahan yang terdapat dalam buku ini. Seperti biasa dalam sebuah pokok ada buah yang baik ada buah buruk, balik pada buku ini sama seperti penulis ada yang penulis boleh menerima teknik olahan yang terkandung ada dalam buku ini,ada yang tak boleh kerana bagi penulis ada alasan tersendiri tapi mungkin ada yang minat olahan sebegitu sebab bila kita bercakap tentang seni ni ia merupakan skop yang luas tidak boleh dipertikaikan yang penting kita menghormati satu sama lain, Contoh ada 3 teknik olahan A,B, dan C. Penulis minat A & B dan bagi penulis teknik C sangat mengarut tak logik akal tapi si polan ni lebih minat pada C kita mesti hormat keputusan beliau kerana dia tetap berkarya cara beliau..

kandungan..
     Penulis telah mencuba satu teknik yang terdapat dalam buku ini yang dinamakan "coffee tone" cara nya sangat mudah untuk diikuti dan dipahami. Akhir kata penulis untuk "review" buku ini sangat lah berbaloi membeli buku ini.
hasil dari coffee tone


     Buat pengetahuan sahabat2 penulis tidak dibayar komisen pon untuk review buku ini,cuma penulis hanya berkongsi tentang buku pertama yang penulis beli. berbaloi atau tidak berbaloi kita melaburkan wang pada satu genre yang minat kita cuma 20%-30% pada penulis jika mampu dengan harganya beli lah tapi kalau belum mampu boleh saja google(menggunakan kuasa jari anda) untuk mencari setiap info yang anda mahu. tapi jika anda berUANG boleh saja beli yang mana-mana yang anda terasa nak beli tapi pada penulis jika ingin melaburkan sesuatu kerana setiap pembayar wang tunai dalam hobi kita adalah pelaburan,jadi biarlah pelaburan yang berbaloi. Sekian dari penulis. -Tuan Azizi-

p/s:terima kasih sudi membaca,boleh share pada kawan jika penulisan ini perlu dishare..=)
     - semua foto diatas diambil menggunakan d90+nikkor 50mm

2 comments: