panosunrisetujuh

Thursday, August 11, 2011

DIY drybox

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

setelah sekian lama tidak meng'update' blog...hari ni baru ada mood untuk update...baru faham kenapa orang begitu malas nak update blog...keekek.
hari ini akan menceritakan tentang DIY drybox.
Seperti yang sahabat2 fotografi tahu...drybox merupakan salah satu aksesori kamera dimana tempat untuk menyimpan kamera...dan mungkin ada antara kita memikirkan bukan benda yang penting drybox ini..
lagi satu mungkin kerana harga drybox ini mahal sebab..macam bekas kedap udara biasa saja...tp sampai seratus hengget...tak kene yang kabinet lagi...ekeke
sebenarnya Drybox ini sangat penting..kerana ia adalah tempat menyimpan kamera paling selamat kerana disimpan pada suhu yang disarankan..selain itu boleh menghalang dari fungus2 untuk bertelur di lens yang rege2 beribu-ribu tu,.hehe...kos untuk mencuci fungus ini lebih kurang rm300 ke 400..jadi kesimpulan sangat la baik kita mempunya drybox kita sendiri...

dah banyak membebel di bahagian atas...ni baru nk masuk part DIY drybox..hehe
1)apa yang diperlukan untuk membuat dry box?
-container(depend pada gear anda ada...lg banyak lens...lg besar...)
-silica gel(wajib ada ni untuk maintain kan udara dalam drybox kita tu..sekurang2 500g..)
-hygrometer(berfungsi untuk menyukat kadar kelembapan udaradalam dry box atau dipanggil percent of relative humidity)
p/s:hygrometer tidak lah satu keperluan wajib...tp sebagai guidance kita saje...kalau ada lg molek...kalau tiada pon drybox ni dah boleh jalan..dibawah adalah gambar kepunyaan penulis...sebelum diproses:
Photobucket


2)mahal x kos ni??
kos bg semua sekali paling2 tinggi penulis agak rm60+/-...
contoh:
container:rm15(ni merujuk pada penulis punya container yang beli kat tesco..:))
silica gel: rm15-20 untuk 500g(dalam mudah rm18 saja...)
hygrometer:rm30...(dalam mudah pon ada ni...)
p/s: jadi mungkin harga itu lebih drjangkaan penulis..mungkin kurang..

3)silica gel tu kan ada "expired date"..kena ganti lain ke??
untuk pengetahuan silica gel merupakan benda yang boleh diguna semula..."reuse" bermaksud bila dah sampai tempoh...warna silica gel akan berubah dari biru kepada pink...untuk gunakan balik...kita boleh panaskan silica gel kedalam oven selama 3/4 minit...dengan suhu yang paling kecil...
p/s: cara lain boleh beli silica gel yang recharge...konsep sama juga...mahal sedikit..rm58 x silap dalam mudah...

4)berapa kadar kelembapan yang bagus untuk menyimpan DSLR ni??
kadar yang bagus antara 40% ke 50%.

5)apa beza drybox nga kabinet?
drybox:-murah
            -simple
            -leceh(biasa la barang murah memang leceh sedikit..keke)
kabinet- mahal
           - senang digunakan spt. nk set kelembapan main tekan2 saje nak berapa...:)
kesimpulan..semua benda fotografi bergantung kepada banyak mana anda laburkan....semakin banyak anda laburkan..kualiti semakin baik...jangan anda mengharapkan kualiti yang baik jika mengeluarkan budget yang ciput...keke

di bawah adalah gambarDIY drybox penulis yang telah diproses:
Photobucket


anda boleh google atau tengok kat mudah...benda macam lebih kurang dengan brand AIPO ataupon WONDERFUL...RM pon paling2 nak 150,,,
saya cuma berkongsi cara saya...kerana belom berkemampuan beli kabinet...
jika anda mempunyai lebihan duit membeli kabinet adalah yang terbaik...
segala salah kurang harap maaf...dan jika ada yang mahu bertanyakan soalan bolehkomen dibawah...:)
terima kasih kerana sudi singgah...
selamat berpuasa!...

4 comments:

  1. aku pun pakai drybox gak, cuma takda hygrometer je. nanti nak letak gop la. sempoi la g, thanks

    ReplyDelete
  2. beli saje zim...hygrometer tu,..ekeke

    ReplyDelete
  3. dah apply kat rumah... sblm ni pakai thirsty hippo... tp xtahan... beli silica gel jugak... tp ada masalah untuk keringkan silica gel tu dlm oven... habis silica gel jd putih dan legap... xturn kpd biru

    ReplyDelete