panosunrisetujuh

Monday, August 15, 2011

matahari terbit di kampung tok lukut a.k.a sunrise at kg.tok lukut

pada 12 ogos 2011 bersamaan  12 ramadhan....satu mini outing bersama kawan-kawan telah diadakan...
perancangan awal ingin menyunting gambar di pantai sabak..tetapi perubahan drastik dilakukan apabila saudara serah pak cu memberitahu raja kamal (aka ngkuli) ingin turut sama dalam sesi mini outim ini....
ngkuli adalah salah seorang nama besar didalam industri fotografi di kelantan yang juga salah seorang ahli penting dalam kelab karyawan lensa negeri kelantan(KLIK).

jadi adalah amat berbangga apabila ada seorang yang lagi berpengalaman daripada kami dalam edisi outim kali ini..dapat juga sedikit ilmu yang beliau kongsikan...antara yang turut serta dalam edisi outim kali ini adalah Serah Pak Cu,Iskandar Azlan Shah,Ku za.

perjalanan kami ke sana adalah di dalam keadaan hujan yang agak lebat..tp program tetap diteruskan..
alhamdulillah rezeki matahari terbit dapat kami nikmati...

dibawah adalah gambar versi vertorama yang telah digabung dari 3 exposure dari 3 keping gambar.
kampung tok lukut,kelantan


gambar kenangan...foto kumpulan selepas menyunting matahari terbit

Photobucket



p/s: gambar masih ada sedikit yang belom diproses atas masalah2 teknikal...terima kasih sudi menjenguk di blog ini...

No comments:

Post a Comment