panosunrisetujuh

Friday, June 15, 2012

TUTORIAL : Bagaimana membuat Watermark (how to make watermark)

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Alhamdulillah hari ini masih lagi sempat penulis mengemaskini blog ini dan yang paling menarik dah lama peulis tidak berkongsi tutorial. Pertama tutorial ini juga adalah untuk newbies yang masih belom tahu caranya untuk membuat "watermark" kalau pembaca sekarang merupakan OTAI ataupon sebaris dengannya a.k.a "orang lama" yang sudah mengetahui caranya mungkin boleh komen sepatah dua kata untuk penambahbaikan penulis di masa hadapan.

     Apa itu Watermark?? kebanyakan daripada kita @ lebih popular dengan perkataan "PHOTOGRAFER" sekarang sudah tahu apa itu watermark. Walaubagaimanapon penulis ingin berkongsi apa yang penulis paham tentang watermark ini. Watermark merupakan satu tanda pada sesuatu karya dimana dengan tanda itu individu boleh mempertahankan karyanya jika berlaku kejadian seperti karyanya dicuri dan seumpamanya. Terdapat pelbagai cara ataupon bentuk untuk kita membuat watermark samaada melalui simbol,tulisan,nombor dan lain-lain.

     Apa beza Watermark dengan Copyright??? pada pemahaman penulis kedua benda tu adalah sama dimana untuk mempertahankan hak karya kita jika ada kes sepesti penulis nyatakan diatas. Cuma untuk mendapatkan Copyright ini kita perlu mendaftarkan kepada satu jabatan dan membayar seberapa amaun penulis tidak pasti dan jika berlaku kes kcurian karya jabatan tersebut akan mengambil tindakan. Berbeza dengan Watermark. Dengan adanya watermark di gambar kita (walaupon watermark boleh dibuang) maka kita akan rasakan ini lah karya aku itu di pemikiran kita yang berkarya..tapi tida pada pemikiran si pencuri karya. Meletak watermark pada gambar bagi penulis sama meletak kunci pada motorsikal,jika yang dikunci tu motor yang mahal atau yg berkuali,pencuri tetap akan cuba membuka walaupon ada 10 biji solex di bodi motorsikal tersebut,sama lah jugak jika karya itu sangat lah power ataupon OHSEM. ada saja orang yg mencurinya..tp jika sebaliknya kalau motorsikal tu buruk ataupon x cukup sifatnya,parking tak kunci pon orang tak mahu curi..keke

     Kembali pada topik untuk kali ini,penulis akan berkongsi sedikit cara bagaimana penulis buat dan guna watermark pada gambar penulis.  Buat pengetahuan cara ini hasil penulis menGoogle bukan dari penulis cuma penulis buat cara yang penulis paham untuk dikongsikan bersama.
P/S:cara ini juga lebih kurang sama di sifoo.com .

Cara-caranya:
1) buka photoshop>new
p/s:penulis menggunakan photoshop CS5



2)akan keluar 1 plate untuk diisi valuenya.
untuk wide dan height penulis tidak mempunya standard..kadang-kadang buat 300px X 300px,kadang buat 500px X 500px jadi benda tu terserah pada kamu. Last sekali klik OK
p/s:paling penting step no.3 tukar pada "transparent"

3)sedikit pencerahan pada nombor2 tersebut:
i - hasil dari setting kita sebelom ini...
ii - T untuk text..jadi tulis lah apa yg perlu untuk watermark kamu
iii - tekan CTRL+ALT+shift+E untuk flatten image (bila dah siap step kedua...kira final la...)
 
4) Seperti biasa sudah selesai semua SAVE AS>>PSD file



5) Sudah Save, mesti test power berkesan atau tidak..caranya hanyalah kembali pada tempat kita save tadi dan drag pada gambar yag telah kita siao mengolahnya. 



6) cara yang terkahir untuk menukar tulisan kita pada putih tukar pada blending mode "divide" insyaAllah bertukar...cara yang terakhir adalah jika perlu aau dalam kata lain kalau dalam kelas dipanggil "extra knowledge" .....



     Sekian dari penulis, jika ada sebarang kekeliruan boleh PM pada penulis atau komen terus di sini, semoga ilmu ini dapat dikongsikan lagi kepada sahabat2 yang lain jika ia berguna,InsyaAllah. Akhir kata dari penulis,mohon maaf jika ada tersalah bahasa dan kata dalam penulisan untuk kali ini. Sekeping hasil makro penulis baru-baru ini.Assalamualaikum ..








4 comments:

  1. Tuan Azizi, pernah guna PS action x? sbb watermark yg dah buat tu bole apply ngan one click je kat image.

    ReplyDelete
  2. first,thank you sbb singgah di blog penulis dan letak 1 komen disini. juga terima kasih atas cadangan tersebut... action dalam penulis pernah sy guna dalam olahan IR saya...tp tidak pernah guna untuk letakkan watermerk...apapom...action tu jugak boleh digunapakai untuk letak watermark ni..:D..tima kasih sekali lagi sahabat...:D

    ReplyDelete
  3. info yg menarik dan mohon izin utk copy ye... t/kasih

    ReplyDelete