panosunrisetujuh

Monday, August 29, 2011

pok soh dan perahunya...versi hitam putih

assalamualaikum dan selamat sejahtera...
hari ini 29 ramadhan adalah puasa yang mungkin terakhir pada tahun 1432 hijrah ini...
tajuk cerita untuk slot kali ini adalah "poksoh dan perahunya..." atau dari kata melayu betulnya "abang yusof dan perahunya......"

poksoh adalah nama samaran yg penulis berikan kepada beliau...kerana didalam perkenalan penulis dengan beliau terlalu singkat tidak sempat untuk penulis bertanyakan nama beliau..poksoh adalah nelayan kecil di kawasan jubakar pantai,tumpat,kelantan,malaysia..umur anggaran 55-60 tahun...orangnya sgt peramah....

penulis merakam gambar poksoh selepas ber"sunrise" di sekitar kawasan itu..
gambar di bawah ketika poksoh mula2 sampai di perahunya,,penulis memohon mengambil gambar...poksoh teruskan meng"iya"kan...penulis bertanya kepada poksoh. jam berapa dia akan pulang nanti?? dia hanya menjawab sambil membetulkan kelengkapan perahunya "kalau banyak tangkapan lewat la sedikit baliknya...dalam pukul 2 petang...kalau kurang hasilnya jam 12 tgh hari sudah pulang...."
sambung beliau lagi..."perahu pokcik ni ada kain depan perahu macam layar ni...untuk digunakan time ade angin...bila ada angin x perlu guna enjin motor ni lagi..."

1)poksoh mengambil pelampung yg disambung pada perahunya...

2)membuka ikatan pada enjin motornya....

3)kemas barang2 dulu...:)

4)kembali  pada enjin perahunya....untuk menghidupkan enjin...

5)menggunakan kekuatan poksoh untuk menghidupkan enjin..

6)enjin sudah hidup...bermula nya kerja poksoh untuk hari ini..

7)poksoh membuang ikatan pada pelampung beliau...

8)memulakan dengan menolak bot menggunakan kayu untuk sampai di tempat yg lebih dalam...

9)selamat jalan poksoh!!

dengan itu pergilah poksoh mencari rezeki di bulan ramadhan ini...penulis mendoakan supaya byk hasil tangkapan setiap hari....kata akhir dari penulis "tidak kira dimana tempat kita bekerja...tidak kira apa pakaian yang kita pakai waktu bekerja(menutup aurat) yang penting..rezeki itu halal...

terima kasih sudih membaca blog ini..
selamat hari raya dan maaf zahir dan batin 
dari penulis
tuan azizi

2 comments: